'Malaysia kelima terbesar beli-belah Jualan 11.11. Saya terkejut' - MP Bayan Baru

Kerajaan perlu mengadakan kempen untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli belah di kedai fizikal mahupun kedai atas talian milik tempatan bagi membantu peniaga yang terjejas ketika pandemik Covid-19, kata ahli parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Menurut Sim, rakyat Malaysia masih mempunyai kuasa beli yang tinggi berdasarkan data yang dikeluarkan gergasi e-dagang, Alibaba bahawa Malaysia merupakan negara pembeli kelima terbesar dalam acara jualan 'Hari Bujang' 11.11 baru-baru ini.